Kata Syahmi...

Takdir telah sediakan teka-teki buatku dan hanya aku sahaja yang boleh selesaikan teka-teki ini....
-Ejen Syahmi dalam 1.1.4

Jumaat, 14 Oktober 2011

Puteri Gunung Mambang Diawan Part 1

PERHATIAN:CERITA INI HANYA GURAUAN SAHAJA.TIADA NIAT UNTUK MEMBURUKKAN INSTITUSI DIRAJA.


Pada suatu masa dahulu,Kampar diperintah oleh Sultan Aminurrasyid yang besar lagi berkuasa.Namun dia masih bujang jadi dia nak kahwin.Lalu dipertitahkan pula bendeharanya untuk mengadap.

"Tun Azfar,beta rasa ingin kahwin.Perempuan manakah yang boleh beta jadikan isteri?"
Lalu Tun Azfar pun menjawab"Ada seorang perempuan cantik tinggal di gunung seberang jalan yang kat simpang tiga tu.Kalau beta nak try testla dulu."
"OK Tapi apa nama gunung tu?"sultan bertanya lagi.
 "Gunung Mambang Diawan,tuanku"
"Panggil Laksamana Hang Syahmi ke sini.Beta nak jumpa dia."
"Titah dijunjung diatas tengkolok saya yang diperbuat dari Maghribi tuanku"kata Tun Azfar.

Tanpa segan silu dan konfidennya Tun Azfar berlari macam cheetah keluar dari istana Awan Mas untuk menitahkan Hang Syahmi ke istana....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Oi Hang Syahmi!Keluar kau dari rumah engkau kat atas bukit cendawan yang nak runtuh 2-3 tahun lagi tu...."kata Tun Azfar.
"Kalau yer pon sabarla tuan hamba,hamba tengah melabur saham kat bank loji najis..."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan segan silu dan teramat malunya, Hang Syahmi yang hanya berpakaian kain pelikat pergila mengadap sultan......

"Ampun tuanku berbilion-bilion ampun,sembah patik harap diampun.Kenapa tuanku panggil saya masa saya tengah melabur?"

"Oh,maaf.Beta tak tahu yang kamu sedang melabur.Pergi sambung balik.Pengawal,tunjukkan mana tandas istana ni."

Tiada ulasan: