Kata Syahmi...

Takdir telah sediakan teka-teki buatku dan hanya aku sahaja yang boleh selesaikan teka-teki ini....
-Ejen Syahmi dalam 1.1.4

Rabu, 19 Oktober 2011

ES 1.1.4-Teka-teki Takdir

Walaupun mereka telah mendapat maklumat tentang letupan itu,namun masa yang suntuk menebabkan mereka terpaksa berundur diri dari situ.Iskandar juga,menaiki van mereka ke Muzium Negara,merungkai kejadian misteri tersebut..

Semasa memandu,Syahmi terpaksa menukar frekuensi ke radio Klasik Nasional untuk mengetahui lebih lanjut tentang letupan itu.Tepat jam 11,berita melaporkan seperti berikut:
"Letupan di Giant Batu Caves.
Gedung pasaraya Giant telah meletup pada jam 10.15 pagi.Dilaporkan ada 11 orang maut dan 20 lagi cedera dalam kejadian ini yang berlaku di pintu masuk arah barat pasaraya itu tadi serta memusnahkan beberapa buah kedai,termasuk KFC dan Proton.Difahamkan punca kejadian berlaku adalah kerana satu kereta yang dipercayai mengandungi bom merempuh pintu tersebut lalu meletup.Gas di KFC juga dipercayai mempengaruhi letupan kedua tadi.Pihak bomba walaubagaimanapun menyatakan bahawa itu hanya andaian dan mereka masih lagi menyiasat kejadian ini.Buat masa sekarang,pihak bomba masih lagi cuba memadam kebakaran itu.Semua mangsa yang cedera dihantar ke HKL untuk menerima rawatan..Berikut adalah mangsa yang cedera:"
Mereka terkejut mendengar salah seorang daripada rakan-rakan mereka cedera,iaitu Adam yang dipercayai berkerja di sana sekarang.Sambil memandu,Syahmi berfikir sebentar....
"Ah,pelbagai kejadian berlaku sejak aku datang ke kotaraya ini...pencurian,penyamunan,letupan....
Sampai bila akan jadi begini?Sampai bila?Aku hampir tak percaya bahawa inilah lawatan terburukku daripada lawatan sebelum ini....Mungkin niat aku dapat ditafsir oleh orang yang tak sepatutnya aku jumpai...Ya.Mungkin dalangnya itulah musuhku.Takdir mungkin mengujiku,mungkin juga bermusuh denganku...Jadi dimana penamat semuanya?Disini?Ataupun ditempat yang lain?Takdir telah siapkan teka-teki buatku dan aku saja yang boleh menyelesaikan teka-teki itu...."

Syazwan menyapanya dari sebelah."Kenapa muka nampak muram sahaja...?"
Dia menjawab"Takde apa."

Pejam-celik-pejam-celik,mereka telah tiba di muzium.Apa sebenarnya misteri yang tersembunyi disebalik kes itu....
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas Ini Di Ejen Syahmi:
Mereka tiba di muzium dan bertemu dengan pengarahnya.Namun terdapat kejutan yang menanti mereka semua.Apakah dia?

NANTIKAN 1.1.5-KEJUTAN SEPARA MAUT! EKSKLUSIF DI INTELECTSYAHMI INFOULZ! IntelectSyahmi Infoulz-like tau!!!

Tiada ulasan: