Kata Syahmi...

Takdir telah sediakan teka-teki buatku dan hanya aku sahaja yang boleh selesaikan teka-teki ini....
-Ejen Syahmi dalam 1.1.4

Khamis, 27 Oktober 2011

SKSL~Final Days~ Day 0/Prelude I

Nota:kerana kehilangan idea, Ejen Syahmi terpaksa direhatkan dalam bilik sakit blog(ko tak nampak,aku jer bleh) buat sementara waktu...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sedar tak sedar,kita sedang menghampiri tarikh ini,18/19 November 2011,tarikh perpisahan kami.Tarikh ini jugalah menandakan berakhirnya persekolahan kami di SKSL.Aku sendiri masih terumbang-ambing tentang nasibku.Ya,siapa yang tak bimbang tentang masa hadapan mereka tu...ye tak?Inilah entri yang paling jujur pernah aku tulis.Hmmmmm..................aku teringat sejak aku mula belajar di tadika dan sekolah di Kluang(tak tau boleh tanya anak Wak Burn Ammar),menjejakkan kaki di Kuala Lumpur,belajar kat sana hingga 2008,kemudian berhenti di hentian seterusnya,SKSL! Sepanjang tiga tahun di sini,aku telah banyak bersama dengan kawan-kawanku di sekolah ini.Terdapat beberapa perkara perlu aku mention kat blog ini.4 lagi prelude bakal menyusul sebelum 31/10/11 iaitu:
II-Tahun 4
III-Tahun 5
IV-Tahun 6
V-Penghargaan,Obituari & Trivia.

Bermula 31/10 akan ada 13 entri diterbitkan sepanjang minggu sehingga 20/11 nanti(19 ada hal,takleh bukak internet.)

MISS YOU FRIENDS!

Sabtu, 22 Oktober 2011

E.S 1.1.6-Peluru Maut Atas Jalan

Peringatan:Apa yang berlaku pada petangnya akan diterbitkan pada hari Ahad EKSKLUSIF DI FANPAGE:IntelectSyahmi Infoulz.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semasa mereka bergerak pulang dari HKL,banyak persoalan yang bermain di fikiran Syahmi.Dia memandu lebih perlahan daripada kebiasaannya.Diserang oleh gangster Rawang,menyaksikan letupan di Giant Batu Caves,serta diserang di Muzium Negara telah cukup untuk membuatkan mereka tertekan sepenuhnya.Syahmi merasakan KL bukan lagi seperti dahulu.Semuanya berbeza.Pada waktu malam itu jugalah radio seperti memahami perasaan mereka kerana ia mendendangkan lagu yang bertepatan walaupun dalam bahasa Jepun.

Mereka masing-masing melayan perasaan mereka sebelum menyedari ada ancaman yang menghampiri mereka....

TANG!Satu peluru hinggap di sisi sebelah kanan van Rusa itu.Perasaan mereka yang gelisah pada awalnya bertukar panik.Kelihatan sebuah kereta Perdana sedang melepaskan tembakan ke arah mereka.Tanpa berfikir panjang,Afnan dan Ammar yang mana tingkap mereka sentiasa dibuka melepaskan tembakan ke arah kereta Perdana tersebut.Atas pengubahsuaian,tingkap di belakang juga boleh dibuka.Tatkala pihak sebelah kanan berbalas tembakan,sebuah kereta Inspira pula mencabar pihak sebelah kiri.Meskipun ada senjata tambahan,namun mereka tidak sesekali berniat untuk menggunakannya pada masa itu kerna tidak ingin melihat manusia tidak berdosa menjadi mangsa.Cukuplah setakat selaras pistol menjadi pertahanan mereka.Tetapi,Iskandar mengambil tindakan luar biasa dengan mencapai Timer-Bazooka miliknya.Semasa dia mengambil senjata itu,tiada yang berani memberi respons.Jadi dengan skill yang dimilikinya,dia mengunci sasaran kearah Inspira itu.Syahmi,yang masih lagi bergelut dengan pemanduannya,seolah-olah memberikan isyarat bagus kepadanya.Syahmi terus menghempap kereta Perdana itu ke kanan sebaik sahaja Iskandar menembak Timer-Bazooka ke arah Inspira itu.Kedua-dua kereta tak bernasib baik apabila yang Perdana remuk manakala Inspira pula meletup.Mereka menghembus nafas kelegaan....


Syahmi terus memandu laju ke rumah Iskandar di Jalan Ampang....
-----------------------------------------------------------------------------------------------
1.1.7 Klu Dalam Mimpi-Coming Soon
-malas cakap banyak.

Khamis, 20 Oktober 2011

ES 1.1.5-Kejutan Separa Maut!

Lalu mereka pun memasuki bangunan Jabatan Muzium Negara dan apa yang mereka dapati,pengarahnya adalah...Rasyid,rakan mereka sebelum mereka mengambil haluan masing-masing.Tanpa disangka,itulah pertemuan semula mereka.

Dipejabat,sewaktu Rasyid bermain permainan Angry Birds episod yang ke 20,sekretarinya mengetuk pintu untuk memberitahu sesuatu...
"Bos,orang yang nak jumpa bos nak masuk"
"Kasi dia masuk."
Mereka bertujuh pun masuk ke dalam pejabat yang penuh dengan tingkap di tingkat 4.Rasyid menyapa dan bersalaman mereka semua.
"Assalamualaikum"
"Waaalaikumussalam.Apa khabar?"
"Khabar baik.Kami datang ni ada hal."
"Apakebendernya tuh?"
"Pasal berlian yang dah hilang tu..."
"Oooooo begitu..."katanya sebelum mengeluarkan satu keping gambar bersama maklumatnya.
"Ini maklumat terperinci tentang berlian itu."
Dibawah gambar itu tertulis maklumat seperti berikut:

                                               Berlian Nata-Daimandel
    Berlian Nata-Daimandel ini adalah berlian yang berlian yang amat bernilai di dunia ini.Ia diukir oleh pengukir berlian terkenal di dunia ini,Natashahurmizu D. Shoudel,pengukir bangsa Natatel.Ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya menyerupai sebilah pedang yang sangat tajam.Sampai sekarang terdapat banyak persoalan kenapa ia diukir sedemikian.

"Patutlah ia menjadi buruan ramai..."kata Ammar.
"Ia telah menjadi buruan banyak negara dan inilah yang menyebabkan Perang Dunia ke-0 berlaku namun...."
Belumpun sempat dia menghabiskan kata-katanya,ada seorang lelaki misteri mencelah...
"Namun apa tuan Rasyid?"Orang itu,yang bermuka bengis datang bersama gengnya yang disyaki membawa senjata.
"Siapa kamu?Apa tujuan kamu?Kenapa kamu...."belumpun sempat dia menghabiskan ayatnya,dia telah pun rebah kerana.....BANG!!....ditembak oleh gangster tersebut.Lalu dengan sepantas kilat dia mengambil pistol dan menembak lelaki yang menembak Rasyid.
"Lu sapa mau masuk campur urusan gua!!"ketua gangster itu kemarahan.
"Kalau nak marilah lawan!!"kata Syahmi.
"Lu sapa mau goyang!"tengking Afnan.
"BANZAI!!"kata gangster tersebut lalu memulakan serangan.Amir berundur dan membawa Rasyid yang cedera ke tempat selamat.Yang lain teruskan pertarungan.Aksi menembak,manikam(menikam lah),menumbuk dan lain-lain aksi ganas dilakukan oleh mereka.Hasilnya,ada yang dikerat,ditembak,ditikam 18 dan dilontar keluar bangunan.Kumpulan XSPY,bak kata omputih stil standing,still steady.Gangster yang terselamat melarikan diri dengan motor Harley-Davidson mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ejen Syahmi 1.1.6-Peluru Maut Atas Jalan
Dalam mencari penyelesaian kes itu,mereka masih berhadapan dengan bahaya!Ikuti kesinambungan cerita ini!

Rabu, 19 Oktober 2011

ES 1.1.4-Teka-teki Takdir

Walaupun mereka telah mendapat maklumat tentang letupan itu,namun masa yang suntuk menebabkan mereka terpaksa berundur diri dari situ.Iskandar juga,menaiki van mereka ke Muzium Negara,merungkai kejadian misteri tersebut..

Semasa memandu,Syahmi terpaksa menukar frekuensi ke radio Klasik Nasional untuk mengetahui lebih lanjut tentang letupan itu.Tepat jam 11,berita melaporkan seperti berikut:
"Letupan di Giant Batu Caves.
Gedung pasaraya Giant telah meletup pada jam 10.15 pagi.Dilaporkan ada 11 orang maut dan 20 lagi cedera dalam kejadian ini yang berlaku di pintu masuk arah barat pasaraya itu tadi serta memusnahkan beberapa buah kedai,termasuk KFC dan Proton.Difahamkan punca kejadian berlaku adalah kerana satu kereta yang dipercayai mengandungi bom merempuh pintu tersebut lalu meletup.Gas di KFC juga dipercayai mempengaruhi letupan kedua tadi.Pihak bomba walaubagaimanapun menyatakan bahawa itu hanya andaian dan mereka masih lagi menyiasat kejadian ini.Buat masa sekarang,pihak bomba masih lagi cuba memadam kebakaran itu.Semua mangsa yang cedera dihantar ke HKL untuk menerima rawatan..Berikut adalah mangsa yang cedera:"
Mereka terkejut mendengar salah seorang daripada rakan-rakan mereka cedera,iaitu Adam yang dipercayai berkerja di sana sekarang.Sambil memandu,Syahmi berfikir sebentar....
"Ah,pelbagai kejadian berlaku sejak aku datang ke kotaraya ini...pencurian,penyamunan,letupan....
Sampai bila akan jadi begini?Sampai bila?Aku hampir tak percaya bahawa inilah lawatan terburukku daripada lawatan sebelum ini....Mungkin niat aku dapat ditafsir oleh orang yang tak sepatutnya aku jumpai...Ya.Mungkin dalangnya itulah musuhku.Takdir mungkin mengujiku,mungkin juga bermusuh denganku...Jadi dimana penamat semuanya?Disini?Ataupun ditempat yang lain?Takdir telah siapkan teka-teki buatku dan aku saja yang boleh menyelesaikan teka-teki itu...."

Syazwan menyapanya dari sebelah."Kenapa muka nampak muram sahaja...?"
Dia menjawab"Takde apa."

Pejam-celik-pejam-celik,mereka telah tiba di muzium.Apa sebenarnya misteri yang tersembunyi disebalik kes itu....
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas Ini Di Ejen Syahmi:
Mereka tiba di muzium dan bertemu dengan pengarahnya.Namun terdapat kejutan yang menanti mereka semua.Apakah dia?

NANTIKAN 1.1.5-KEJUTAN SEPARA MAUT! EKSKLUSIF DI INTELECTSYAHMI INFOULZ! IntelectSyahmi Infoulz-like tau!!!

Selasa, 18 Oktober 2011

Ejen Syahmi v1.1.3-Letupan?

Setelah berhadapan dengan gangster Rawang,akhirnya mereka sampai juga di Kuala Lumpur.
"Whoi!Tak sampai lagilah!Baru Batu Caves!"
Oh lupa,Batu Caves.Mereka pun singgahlah ke masjid di situ,lalu solat subuh.Kemudian,mereka pun berehatlah kejap.....lalu dia menerima satu panggilan daripada seseorang...
"Sapalah panggil pepagi ni..."walaupun mengantuk,dia tetap menjawab panggilan itu....
"Helo anak sardin!Kau ingat lu bleh lepas dari gua ha???Lu jangan ingat wa tak kenal lu!Wa jumpa, wa pancung lu!"
"Lu sapa mau goyang?"
Talian terputus......tut...tut...tut....
"Cis,tak guna!telefon pepagi nak marah orang!!"
"Kenapa Syahmi?"tanya Ammar.
"Takder aper...udahlah,tido!"jawab Syahmi kebengangan.

Jam 9.00 pagi...
Syahmi terus bangun,kemudian memandu ke Restoran Zameer untuk bersarapan.Sebelum tu,dia sempat mesej kepada rakannya,Iskandar.
"Salam.Jumpa kat restoran Zameer.0100 GMT."
Di tempat yang dijanjikan,Iskandar sudahpun berada di situ.Mereka pun menceritakan apa yang berlaku disitu.
Dipendekkan cerita,Iskandar pun memberitahu tentang perkembangan terkini kes tersebut
"Sekarang pihak kami sedang menyiasat kes tersebut.Di samping itu,kami terjumpa satu notis."katanya sebelum mengeluarkan secebis kertas yang bertulis:
HAHA,CATCH ME IF YOU CAN,NATA-SYAHMI X!
Nata-Syahmi x merupakan nama samaran Syahmi.
"Mungkin ada kaitan?"
"Mung...."tanpa dapat menghabiskan perkataan itu,tiba-tiba gedung pasaraya Giant berdekatan meletup.
"Apa yang berlaku?"tanya Ammar.
"Alamak!Syazwan!"jerit Daniel.Sebenarnya,dia menyuruh Syazwan pergi Giant untuk beli keropok...Tiba-tiba,Syazwan berlari ke arah mereka.Lalu dia pun berkata:
"Ada kereta merempuh pintu masuk kemudian meletup.Kemungkinan dalam kereta tu ada bom."
"Mari kita pergi sana sekarang."arah Iskandar.
Disana,api sedang menjulang-julang.Bomba yang tiba disana cuba memadamkan api.Lalu Iskandar dan yang lain menghampiri seorang bomba yang bertugas.
"Saya Iskandar dari XSPY.Saya ingin mengetahui butiran kejadian ini."
"Oh,kamu.Kemungkinan 15 orang maut.Pihak kami masih lagi berusaha untuk memadamkan kebakaran ini"


1 demi satu masalah berlaku....Apalagi yang akan terjadi?Nantikan 1.1.4-Teka-teki Takdir misteri.

Ejen Syahmi v1.1.2-1,2,3 Mula!

Pada petangnya pula,dia menghantar mesej pada rakan-rakanya."Pukul berapa pergi?"tanya dia.
Ada yang membalas dengan mencadangkan pagi esok,petang itu juga dan juga ada yang kata lusa.Dia pun berfikir sejenak.......Lalu dia pun membalas kepada semua rakannya....
"Wei,malam ni lah kita pergi.....jangan lupa senjata kita,paham?".Semua bersetuju.

Pada malamnya,mereka semua berkumpul di rumah Syahmi.Mereka sempat makan serta berbual.Lalu mereka pun menunjukkkan senjata mereka masing-masing.
"Semua,lihatlah senjata yang kita akan bawa nanti."katanya sambil membuka satu beg bimbit berwarna hitam.Didalamnya terdapat 3 pucuk pistol,sebilah pisau dan juga 1 bom tangan....
"Tak bahaya ke macam ni?"tanya Amir.
"Sediakan payung sebelum hujan."balas Syahmi.Mereka juga membawa sepucuk pistol dan sebilah pisau.Syahmi juga membawa 5 kotak peluru bersamanya.Mereka telah mendapatkan senjata itu semasa.........
Tepat jam 11 malam hari Jumaat,van Rusa kepunyaan Amir yang dipandu oleh Syahmi bergerak dari rumahnya.Mereka tak sabar untuk mencari berlian tersebut.Oleh kerana ingin menjimatkan kos,mereka melalui jalan Persekutuan 1.Ada yang tertidur dalam perjalanan itu.Setibanya mereka di Rawang,mereka berhenti di situ kerana Syahmi sudahpun mengantuk.Tanpa disangka,akan ada ancaman di situ.

Pada malam itu juga,ada satu kumpulan gangster yang juga dikenali sebagai Rawang Gangster terlihat van tersebut kemudian cuba menge'pau' mereka.Salah seorang daripada mereka mengetuk tingkap van tempat dimana Syahmi sedang tidur.
"Whoi budak!Bangunlah!"
Lalu dia bangun dan berkata:"Apa budak-budak!?Aku dah umur 20 tahun ko tau??Ko boleh tak jangan ganggu orang tidur!!!"
"Boleh tapi lu bayar dulu duit gua."
"Kalau tak?"
"Gua tembak lu..."
Syahmi berpura-pura ingin mengambil duit walhal sebenarnya dia ingin mengambil pistolnya.Lalu dengan pantas dia menghalakan pistol kepada orang itu lalu menembaknya di kepala."DDDAAMMM!"Orang itu rebah lantas menaikkan darah si ketuanya.Mereka pun terus menembak van tersebut bertalu-talu.Syahmi menyerang balas.Lalu beberapa orang dari kumpulan XSPY terbangun."Naper ni?"tanya Afnan."Jangan banyak tanyalah!!!!"jawab Syahmi terdesak.Menyedari apa yang berlaku,mereka terus mengambil pistol mereka lalu menyerang gangster tersebut.Tembakan bertalu-talu menyebabkan Syahmi mengambil tindakan keluar dari situ.Lalu dia mengambil enjinnya sambil menembak dan blah dari situ.Dengan bantuan Daniel yang mahir dalam kejuruteraan,van mereka kini kalis peluru.

Mereka meneruskan perjalanan mereka ke KL dengan penuh resah......

Isnin, 17 Oktober 2011

Ejen Syahmi Bab 1.1.1 Berita Yang Merubah Dunianya

Kisahnya seorang ejen perisik.Sebelum pengembaraan bermula,harus ada permulaan dahulu.Begitu juga dia.Sebelum akhir pengembaraannya,dia mengambil masa 65 tahun (termasuk 1 pusingan masa yang anda akan ketahui juga nanti...) untuk pergi ke pertarungannya yang terakhir.Di Kampar.

Di bandaraya itu jugalah pengembaraan itu bermula.Tetapi,sebelum itu,di Kuala Lumpur,ada sekumpulan orang yang mencurigakan memecah masuk ke Muzium Negara,untuk mencuri ketulan permata misteri.Seorang pengawal yang dapat mengesan mereka cuba menghalang mereka,namun digagalkan oleh pukulan sebatang kayu besbol yang kuat lagi menyakitkan.Dia pengsan.Esok harinya,barulah dia sedar berlian itu sudah dicuri.Peristiwa itu menjadi buah mulut masyarakat,hingga terpapar di kaca televisyen dan dada akhbar.Ianya juga mengejutkan satu organisasi terpencil yang beroperasi di Kampar,bernama XSPY.

Ghany Corner.Itulah saksi perubahan dunia mereka.6 orang lelaki sedang bersarapan,yang dimana ketuanya,Syahmi sedang membaca suratkhabar Harian Kampar.Dia tiba-tiba tergamam kemudian menjerit tajuk berita yang membuatkan dia terkejut itu....

"ADA BERLIAN DICURI DI MUZIUM NEGARA!!!"

Seorang lelaki yang melihat mereka pun menjerit,"Wei kalau ko nak baca berita pergi tv la!!!"
"Sibukla!"


Lalu salah seorang daripada kumpulan itu mencelah:"Betul ke?"
"Betul.Nah,baca artikel ni."
Laporan suratkhabar itu bertulis.....

                                BERLIAN DI MUZIUM NEGARA DICURI MALAM TADI

KOLUMPO(KUALA LUMPUR LAH!)-.Beberapa batu berlian telah dicuri di Muzium Negara,semalam. .Mengikut pengawal yang sedang dirawat di HKL sekarang ni,salah seorang daripada pencuri itu adalah lelaki yang memakai baju hitam berlengan panjang.Polis sedang menyiasat kes tersebut.


     Lalu Amir berkata,"Kalau dapat tangkap pencuri ni,satu Malaysia respek kita tu".Tapi,Daniel berkata"Nak tinggal kat mana?Lesen kete Syahmi ade.Kita ade duit.Tu yang masalahnya tu."."Jangan risau, aku ada kawan kat KL.Nanti aku tanya dia boleh tumpang rumah dia tak."ujar Syahmi.Semua bersetuju."Jadi kalau dah setuju,malam ni jugak kita bertolak."kata Syahmi.
 Dengan persetujuan ini,maka bakal terjadilah pengembaraan yang bakal merubah hidup mereka.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Notes:Artikel ini adalah hampir sama seperti nota aku di facebook Mohd Qamarul Syahmi:Memorabilia yang hilang Bab 1.








Ahad, 16 Oktober 2011

Ejen Syahmi:Review

Baiklah.Artikel tentang ejen Syahmi mungkin akan keluar esok.Jadi sebelum tu,aku nak review sikit pasal citer nih.Ada yang mungkin dah tau pasal ni,ada yang tak tau lagi....

Aksi.Romantik.Thrill.Humor.Sedih.Saspens.mungkin inilah yang anda boleh rumuskan sepanjang artikel Ejen Syahmi diterbitkan.Tak semua hari boleh artikel ini diterbitkan.Ada masa aku kena cuti.Aku bukannya jenis yang  menulis banyak sangat.

Anyway,ia mungkin ambil masa bertahun-tahun untuk menyudahkan cerita ini.Cerita ni memang banyak.Jadi,harap bersabar untuk melihat kesudahannya,okey?

Sabtu, 15 Oktober 2011

Ejen Syahmi v.0.0-Prolougue

     Di kotaraya ini,akulah perisik terhebat.Aku bukanlah perisik biasa seperti yang kamu bayangi.Dunia ini sungguh luarbiasa,bukan?Keajaibannya tak boleh di jangka sama sekali....Ya,memang tak dapat dijangka.

   Powereleta,Elementria,Nata-Shaurmiz dan pelbagai lagi merupakan istilah yang tak dapat kamu fikirkan.Tapi,di dunia ini,segalanya mungkin.Kamu mungkin salah seorang yang terpilih untuk mengetahuinya.Percayalah,ada kuasa tersembunyi dimana-mana dan jika kamu dapat menjumpai salah satu daripadanya,nescayakamu akan mengetahui rahsia di sebaliknya.

     Bercakap tentang aku,aku ialah seorang ejen BrigedForce berkod 007 bernama Ejen Syahmi.Telah banyak pengembaraan telah ku harungi sepanjang hayat ku.Kau belum tahu siapa aku.Nantikan 17/10/11 untuk mengetahui nya.....

I NEVER LOSE TILL I DIE.

Puteri Gunung Mambang Diawan Final Part

Setelah perjalanan selama 17 jam 16 minit,mereka pun sampailah ke istana Awan Mas.Tak berapa lama sebelum tu.....Sultan Aminurrasyid dengan Tun Azfar sedang berbual sambil mandi.....


"Tuanku,tuanku tak risau ke kalau puteri tu setuju ke tak kahwin dengan tuanku?"
"Taktau la.Kena tunggu mereka balik dulu la agaknya."
"Ye tak ye jugak tuanku.Errr....sebelum tu kita pergi makan kat KFC dulu nak?"
"Bagus jugak tu...."

Pada malam tu juga...apabila Hang Syahmi dengan rakan-rakannya pulang....

"Eh,macam gelap jer istana tu...sultan takder ke?"
"Yalah,sultan nampak cam takder....."
"Ada ke takder ke,kita tanya pengawal dulu."


Lalu mereka pun bertanya kepada pengawal tersebut yang bernama Idham...

"Am,mana sultan?"
"Sultan pergi makan kat KFC ngan Tun Azfar..."
"TAK ACI LA CAMNI PEGI MAKAN TAK AJAK KITORANG!"
"Haah.Aku pun nak ikut gak tapi dia suruh aku jaga istana ni...Jap yer,aku sms sultan yang korang dah balik"

17 minit 16 saat kemudian....sultan dan Tun Azfar sudah balik.
"Ha lama menunggu ye....hilangkan penat tu dulu.Nah satu bucket ayam KFC bungkus."kata sultan

Lepas makan,mereka menceritakan segalanya.

"Ha,macam mana?dapat tak melamar puteri tu?"
"Tak dapat,tuanku.Macam-macam yang dah jadi."
"Oh yeke...cer citer cer citer"
"Macam ni....."

Dipendekkan cerita,lepas mendengar semuanya....sultan mula membuat kesimpulan....

"Jadi dia menolak lamaran beta lah ye.....kalau macam tu biar beta pergi by foot."
"Betul ke tuanku???"


Jadi pengembaraan bakal berlaku kali kedua......


T.A TA,M.A.T MAT=TAMAT

------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTIS
CERITA INI AKAN DISAMBUNG PADA HARI LAIN!
TERUSKAN BERSAMA KAMI DAN NANTIKAN CERITA EJEN SYAHMI PADA 17/10!

JANA(PERGI DULU DALAM BAHASA JEPUN)





Puteri Gunung Mambang Diawan Part 4

....dikaki gunung tersebut termasuk lif disebelahnya.Notis itu bertulis:

KEPADA SEMUA ORANG YANG PINGIN KETEMU SAMA TUAN PUTERI(SAJA BUBUH LOGHAT INDON) HARUSLAH MENGIKUT ARAHAN YANG TERTULIS DIBAWAH:

1.BAGI SALAM.KALAU TAK BAGI NANTI KENA TANGKAP
2.CAKAP DA* SEBANYAK 17 KALI.
3.TANYA KHABAR.
4.EJEK TUAN PUTERI SEBANYAK 17 KALI LAGI.
5A.AJAK DIA KELUAR.
5B.KALAU TAK DAPAT,ULANGI KEMBALI LANGKAH KEDUA.
6.TANYA SAMADA BOLEH MASUK ATAU TIDAK.
7.KALAU TAK DAPAT BLAH DARI SINI.

SEKIAN.
YANG BENAR,
MUSUH KEPADA BF TUAN PUTERI(A.K.A SI PENGACAU LOCENG RUMAH).

"Eh,boleh percaya ke ni?"
"Tak payah.Kita bagitau jer tujuan kita datang sini."

Tanpa segan silu dan konfidennya Hang Syahmi menekan loceng lif tersebut.Satu suara tiba-tiba muncul dari speaker itu.
"Siapa tu?"
Lalu Hang Syahmi memberitahu
"Kami Hang Syahmi,Hang Syazwan & Hang Afnan membawa utusan dari Istana Awan Mas untuk mengarahkan supaya datang ke sana untuk mengahwini Sultan Aminurrasyid yang agung lagi gagah di sana."
"Apa?Anak **tu ajak kawin?Tak hingin akulah!Yang ko menyibuk kat rumah aku pehal?Takder keje?"
"Adab tuan puteri baik dijaga!Ini arahan sultan Kesultanan Kampar yang besar lagi maju."
"Tak kira la sultan ke,ha*ba ke,aku taknak!Sebelum aku panggil bapak aku,blah skang!!!"

Dengan penuh frust dan hampanya,mereka kembali ke istana mengikut jalan shortcut.



Jumaat, 14 Oktober 2011

Puteri Gunung Mambang Diawan Part 3

...mereka mendapati bahawa mereka telah tertidor di hutan belantara Tah-Hapa-Hapa,yang gelap,sunyi,gelap,sunyi,gelap &sunyi.Hang Syahmi terlihat satu notis di atas badannya.

"CUCU KITA KENA TIPU,BAYAR SERIBU"

Mereka pun tergamam.Lalu Hang Syazwan dengan Hang Afnan pun bertengkar.
"Ini semua ko la punya pasal"
"Eh,aku pulak?"
"Kalau kau tak ingatkan si pelik yang lurus bendul tu,dah mesti kita tak kena camni tau!"
"Aku taula Perak kalah ngan Selangor hari tu kan?"
"Yelaa,jiran sebelah aku baru jadi jutawan semalam."

Dengan penuh tension dan fedupnyer,Syahmi menyampuk
"Woi!Dah la tu!Kita semua salah!Mana ada hotel masa zaman Kesultanan Kampar la!"

Tanpa membazir masa,mereka pun meneruskan perjalanan.Banyak sungguh mereka jumpa disana seperti pacat,nyamuk,harimau,pacat,nyamuk,harimau dan banyak lagi.Kemudiannya,mereka terjumpa satu signboard:

TAMAN DIAWAN/TAMAN PERMAI---->

Mereka hairan bagaimanakah ada signboard sedangkan kat kampar zaman dulu takder signboard....

"Aik,aku rasa sultan tak pernah kata pun sini ada signboard?"kata Hang Afnan tertanya-tanya.Masing-masing tiada idea bagaimana benda yang tak pernah wujud di situ itu wujud.
"Cuba kita ikut anak panahtu..."kata Hang Syahmi
"Tengok GPSlah"kata Hang Syazwan
"Ini cerita klasik bukan modenla!"tengking Hang Syahmi lepas menghentuk kepala Hang Syazwan dengan peta.
"Mana ko dapat peta tu?"
"Sultan bagi,naper?"
"Laa,naper tak cakap?"
"Ko tak tanya....dahla,jom pergi masuk..."
Lalu mereka pun mengembara didalam hutan Bat* itu sehingga sampai ke sebuah padang.Ada signboard di situ:JALAN DIAWAN 4.
"Kita dah sampai padang yang sultan cakap tu,tapi mana gunung kat seberang simpang tiga tu?"tanya Hang Syazwan.
"Tengok peta ni tuis:JALAN TERUS DI JALAN INI SEBANYAK 1000,EH SILAP 10 LANGKAH.SORI TERSILAP TULIS."
"Jadi kita kena jalan 10 langkahla?
"Nampaknya macamtu la...."
Mereka berjalan 10 langkah tanpa segan silu dan konfidennya.Tiba-tiba,jalan yang dilalui bertukar menjadi denai dan rumah-rumah bertukar menjadi pokok.Mereka terlihat satu gunung yang amat amat amat amat tinggi(lebih tinggi dari Gunung Kinabalu ataupun Gunung Everest).Tanpa segan silu dan konfidennya mereka berjalan menuju ke gunung tersebut...

Sampai ke gunung tersebut,mereka terjumpa satu notis......

Puteri Gunung Mambang Diawan Part 2

Setelah Hang Syahmi habis melabur,dia kembali mengadap sultan.
"Ampun tuanku berbilion-bilion ampun.Apa hajat tuanku mengadap patik?"
Lalu Sultan pun menjelaskan tujuannya."Beta ingin kahwin.Jadi ada apa-apakah yang kamu tahu tentang puteri yang tinggal kat gunung yang ada kat seberang jalan kat simpang tiga kat ujung Padang Negeri tu?"
"Oh,saya kenal tapi tak ingat orang nya."ujar Hang Syahmi.
"Baiklah,beta menitahkan kamu supaya meminang masuk si tuan puteri tu."
"Titah dijunjung ke atas kepala saya yang tak shampoo lagi tuaku"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Lalu mereka pun mngembara ke gunung Mambang Diawan.Hang Syahmi yang kuat menyanyi terus menyanyi...
Jumpa puteri...oh(19x)
Lalu rakannya Hang Afnan marah"Whoi tukarlah lagu lain!".Lalu dia pun menyanyikan lagu lain iaitu lagu Mantera Semerah Padi. & Asmaradana.
Dalam perjalanan,mereka terjumpa seorang nenek kebayan.
"Assalamualaikum nek."
"Waalaikumussalam cu.Cu hendak ke mana?"
"Saya nak ke gunung Mambang Diawan".
"Yang mana nih?"tanya nenek kebayan.   
"Ala yang gitu-gitu tu...."kata Hang Syazwan.
"Hish, jawablah elok-elok.ORANG TUA TUUUU...."tegur Hang Afnan.
"Sebenarnya nek,kami nak pergi ke gunung yang ader kat seberang simpang simpang tiga tu ha..."jawab Hang Syahmi.
"Oooo ye ke...cu silap jalan ni...ni jalan ke gunung Hang Syahmi.Jalan nak ke gunung Mambang Diawan kat sana.Apa-apa pun cu stay dulu kat hotel nenek."
"Nek ada hotel ke?"
"Tu ha kat celah-celah pokok tuh"sambil menunjuk kearah sesuatu.
"Baiklah nek.Lagipun tengok hari pun dah malam.Bolehla daripada takder..."

Pada malam itulah mereka menetap di hotel itu.Esok harinya.....

Puteri Gunung Mambang Diawan Part 1

PERHATIAN:CERITA INI HANYA GURAUAN SAHAJA.TIADA NIAT UNTUK MEMBURUKKAN INSTITUSI DIRAJA.


Pada suatu masa dahulu,Kampar diperintah oleh Sultan Aminurrasyid yang besar lagi berkuasa.Namun dia masih bujang jadi dia nak kahwin.Lalu dipertitahkan pula bendeharanya untuk mengadap.

"Tun Azfar,beta rasa ingin kahwin.Perempuan manakah yang boleh beta jadikan isteri?"
Lalu Tun Azfar pun menjawab"Ada seorang perempuan cantik tinggal di gunung seberang jalan yang kat simpang tiga tu.Kalau beta nak try testla dulu."
"OK Tapi apa nama gunung tu?"sultan bertanya lagi.
 "Gunung Mambang Diawan,tuanku"
"Panggil Laksamana Hang Syahmi ke sini.Beta nak jumpa dia."
"Titah dijunjung diatas tengkolok saya yang diperbuat dari Maghribi tuanku"kata Tun Azfar.

Tanpa segan silu dan konfidennya Tun Azfar berlari macam cheetah keluar dari istana Awan Mas untuk menitahkan Hang Syahmi ke istana....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Oi Hang Syahmi!Keluar kau dari rumah engkau kat atas bukit cendawan yang nak runtuh 2-3 tahun lagi tu...."kata Tun Azfar.
"Kalau yer pon sabarla tuan hamba,hamba tengah melabur saham kat bank loji najis..."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan segan silu dan teramat malunya, Hang Syahmi yang hanya berpakaian kain pelikat pergila mengadap sultan......

"Ampun tuanku berbilion-bilion ampun,sembah patik harap diampun.Kenapa tuanku panggil saya masa saya tengah melabur?"

"Oh,maaf.Beta tak tahu yang kamu sedang melabur.Pergi sambung balik.Pengawal,tunjukkan mana tandas istana ni."

Khamis, 13 Oktober 2011

Plan blog ke-1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maka saya dengan ini,akan membentangkan Pelan Blog Pertama 2011.
Saya akan mengambil pelbagai langkah untuk memajukan blog ini seperti berikut:

1)Mengkaji kemajuan blog yang lain
Saya akan melihat blog orang lain untuk menyelidik kemajuan mereka dan menjadikan mereka idol saya.

2)Mempromosikan blog ini di Facebook & Twitter.
Saya juga akan memperkenalkan blog ini di akaun Facebook dan Twitter saya supaya blog ini ada ramai pembaca.

3)Memastikan blog ini mesra pembaca.
Saya juga tidak akan meletak iklan kat blog ni kerana ia menyemak sama cam blog yang lain.Biar tak dapat duit tapi janji popular.

Nak cakap pon dah lenguh tangan,jadi sampai disini sahaja pelan blog ke-1 ini.Saya minta memohon diri dengan Assalamualikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam Nata-Syahmi

Tahap Bacaan....

Sempena ader orang dah bacer,aku akan umumkan bahawa ini ader level bacaan blog.Lagi banyak orang bacer,lagi bertambah  artikel.....Mwahahaha ok tak tuan-puan puan-tuan sekalian?

Bagi:
1 orang:aku promote bender nih kat facebook
10 orang(lebih lagi baek):2X artikel sehari
25 orang:Pageblog ini akan direka.
50 orang:Purata  artikel 4 kalisehari
100 orang atau lebih:25 artikel seminggu.

Kisah Legenda

Tersebutlah kisah ada seorang pemuda sedang duduk mengadap komputernya.Pemuda itu handal dan kacak.Dia bernama Syahmi.Dia masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong.Dia kini baru berusia 12 tahun.Dia menyukai seseorang tapi kita tidak perlulah ceritakannya.Pada hari ini dia telah mencipta sesuatu...iaitu BLOG INI!Dia berasa bangga kerana ini blognya.


Dia berkata:
"dddddd....aaaaa.... sekali lagi yer? ddddaaa...... eh And saya dengan ini merasmikan blog paling (entah) dalam sejarah ini......IntelectSyahmi Infoulz!" 


Semua bertepuk tangan dengan gembira......


Tamat.