Kata Syahmi...

Takdir telah sediakan teka-teki buatku dan hanya aku sahaja yang boleh selesaikan teka-teki ini....
-Ejen Syahmi dalam 1.1.4

Sabtu, 22 Oktober 2011

E.S 1.1.6-Peluru Maut Atas Jalan

Peringatan:Apa yang berlaku pada petangnya akan diterbitkan pada hari Ahad EKSKLUSIF DI FANPAGE:IntelectSyahmi Infoulz.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semasa mereka bergerak pulang dari HKL,banyak persoalan yang bermain di fikiran Syahmi.Dia memandu lebih perlahan daripada kebiasaannya.Diserang oleh gangster Rawang,menyaksikan letupan di Giant Batu Caves,serta diserang di Muzium Negara telah cukup untuk membuatkan mereka tertekan sepenuhnya.Syahmi merasakan KL bukan lagi seperti dahulu.Semuanya berbeza.Pada waktu malam itu jugalah radio seperti memahami perasaan mereka kerana ia mendendangkan lagu yang bertepatan walaupun dalam bahasa Jepun.

Mereka masing-masing melayan perasaan mereka sebelum menyedari ada ancaman yang menghampiri mereka....

TANG!Satu peluru hinggap di sisi sebelah kanan van Rusa itu.Perasaan mereka yang gelisah pada awalnya bertukar panik.Kelihatan sebuah kereta Perdana sedang melepaskan tembakan ke arah mereka.Tanpa berfikir panjang,Afnan dan Ammar yang mana tingkap mereka sentiasa dibuka melepaskan tembakan ke arah kereta Perdana tersebut.Atas pengubahsuaian,tingkap di belakang juga boleh dibuka.Tatkala pihak sebelah kanan berbalas tembakan,sebuah kereta Inspira pula mencabar pihak sebelah kiri.Meskipun ada senjata tambahan,namun mereka tidak sesekali berniat untuk menggunakannya pada masa itu kerna tidak ingin melihat manusia tidak berdosa menjadi mangsa.Cukuplah setakat selaras pistol menjadi pertahanan mereka.Tetapi,Iskandar mengambil tindakan luar biasa dengan mencapai Timer-Bazooka miliknya.Semasa dia mengambil senjata itu,tiada yang berani memberi respons.Jadi dengan skill yang dimilikinya,dia mengunci sasaran kearah Inspira itu.Syahmi,yang masih lagi bergelut dengan pemanduannya,seolah-olah memberikan isyarat bagus kepadanya.Syahmi terus menghempap kereta Perdana itu ke kanan sebaik sahaja Iskandar menembak Timer-Bazooka ke arah Inspira itu.Kedua-dua kereta tak bernasib baik apabila yang Perdana remuk manakala Inspira pula meletup.Mereka menghembus nafas kelegaan....


Syahmi terus memandu laju ke rumah Iskandar di Jalan Ampang....
-----------------------------------------------------------------------------------------------
1.1.7 Klu Dalam Mimpi-Coming Soon
-malas cakap banyak.

Tiada ulasan: