Kata Syahmi...

Takdir telah sediakan teka-teki buatku dan hanya aku sahaja yang boleh selesaikan teka-teki ini....
-Ejen Syahmi dalam 1.1.4

Khamis, 20 Oktober 2011

ES 1.1.5-Kejutan Separa Maut!

Lalu mereka pun memasuki bangunan Jabatan Muzium Negara dan apa yang mereka dapati,pengarahnya adalah...Rasyid,rakan mereka sebelum mereka mengambil haluan masing-masing.Tanpa disangka,itulah pertemuan semula mereka.

Dipejabat,sewaktu Rasyid bermain permainan Angry Birds episod yang ke 20,sekretarinya mengetuk pintu untuk memberitahu sesuatu...
"Bos,orang yang nak jumpa bos nak masuk"
"Kasi dia masuk."
Mereka bertujuh pun masuk ke dalam pejabat yang penuh dengan tingkap di tingkat 4.Rasyid menyapa dan bersalaman mereka semua.
"Assalamualaikum"
"Waaalaikumussalam.Apa khabar?"
"Khabar baik.Kami datang ni ada hal."
"Apakebendernya tuh?"
"Pasal berlian yang dah hilang tu..."
"Oooooo begitu..."katanya sebelum mengeluarkan satu keping gambar bersama maklumatnya.
"Ini maklumat terperinci tentang berlian itu."
Dibawah gambar itu tertulis maklumat seperti berikut:

                                               Berlian Nata-Daimandel
    Berlian Nata-Daimandel ini adalah berlian yang berlian yang amat bernilai di dunia ini.Ia diukir oleh pengukir berlian terkenal di dunia ini,Natashahurmizu D. Shoudel,pengukir bangsa Natatel.Ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya menyerupai sebilah pedang yang sangat tajam.Sampai sekarang terdapat banyak persoalan kenapa ia diukir sedemikian.

"Patutlah ia menjadi buruan ramai..."kata Ammar.
"Ia telah menjadi buruan banyak negara dan inilah yang menyebabkan Perang Dunia ke-0 berlaku namun...."
Belumpun sempat dia menghabiskan kata-katanya,ada seorang lelaki misteri mencelah...
"Namun apa tuan Rasyid?"Orang itu,yang bermuka bengis datang bersama gengnya yang disyaki membawa senjata.
"Siapa kamu?Apa tujuan kamu?Kenapa kamu...."belumpun sempat dia menghabiskan ayatnya,dia telah pun rebah kerana.....BANG!!....ditembak oleh gangster tersebut.Lalu dengan sepantas kilat dia mengambil pistol dan menembak lelaki yang menembak Rasyid.
"Lu sapa mau masuk campur urusan gua!!"ketua gangster itu kemarahan.
"Kalau nak marilah lawan!!"kata Syahmi.
"Lu sapa mau goyang!"tengking Afnan.
"BANZAI!!"kata gangster tersebut lalu memulakan serangan.Amir berundur dan membawa Rasyid yang cedera ke tempat selamat.Yang lain teruskan pertarungan.Aksi menembak,manikam(menikam lah),menumbuk dan lain-lain aksi ganas dilakukan oleh mereka.Hasilnya,ada yang dikerat,ditembak,ditikam 18 dan dilontar keluar bangunan.Kumpulan XSPY,bak kata omputih stil standing,still steady.Gangster yang terselamat melarikan diri dengan motor Harley-Davidson mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ejen Syahmi 1.1.6-Peluru Maut Atas Jalan
Dalam mencari penyelesaian kes itu,mereka masih berhadapan dengan bahaya!Ikuti kesinambungan cerita ini!

Tiada ulasan: