Kata Syahmi...

Takdir telah sediakan teka-teki buatku dan hanya aku sahaja yang boleh selesaikan teka-teki ini....
-Ejen Syahmi dalam 1.1.4

Isnin, 17 Oktober 2011

Ejen Syahmi Bab 1.1.1 Berita Yang Merubah Dunianya

Kisahnya seorang ejen perisik.Sebelum pengembaraan bermula,harus ada permulaan dahulu.Begitu juga dia.Sebelum akhir pengembaraannya,dia mengambil masa 65 tahun (termasuk 1 pusingan masa yang anda akan ketahui juga nanti...) untuk pergi ke pertarungannya yang terakhir.Di Kampar.

Di bandaraya itu jugalah pengembaraan itu bermula.Tetapi,sebelum itu,di Kuala Lumpur,ada sekumpulan orang yang mencurigakan memecah masuk ke Muzium Negara,untuk mencuri ketulan permata misteri.Seorang pengawal yang dapat mengesan mereka cuba menghalang mereka,namun digagalkan oleh pukulan sebatang kayu besbol yang kuat lagi menyakitkan.Dia pengsan.Esok harinya,barulah dia sedar berlian itu sudah dicuri.Peristiwa itu menjadi buah mulut masyarakat,hingga terpapar di kaca televisyen dan dada akhbar.Ianya juga mengejutkan satu organisasi terpencil yang beroperasi di Kampar,bernama XSPY.

Ghany Corner.Itulah saksi perubahan dunia mereka.6 orang lelaki sedang bersarapan,yang dimana ketuanya,Syahmi sedang membaca suratkhabar Harian Kampar.Dia tiba-tiba tergamam kemudian menjerit tajuk berita yang membuatkan dia terkejut itu....

"ADA BERLIAN DICURI DI MUZIUM NEGARA!!!"

Seorang lelaki yang melihat mereka pun menjerit,"Wei kalau ko nak baca berita pergi tv la!!!"
"Sibukla!"


Lalu salah seorang daripada kumpulan itu mencelah:"Betul ke?"
"Betul.Nah,baca artikel ni."
Laporan suratkhabar itu bertulis.....

                                BERLIAN DI MUZIUM NEGARA DICURI MALAM TADI

KOLUMPO(KUALA LUMPUR LAH!)-.Beberapa batu berlian telah dicuri di Muzium Negara,semalam. .Mengikut pengawal yang sedang dirawat di HKL sekarang ni,salah seorang daripada pencuri itu adalah lelaki yang memakai baju hitam berlengan panjang.Polis sedang menyiasat kes tersebut.


     Lalu Amir berkata,"Kalau dapat tangkap pencuri ni,satu Malaysia respek kita tu".Tapi,Daniel berkata"Nak tinggal kat mana?Lesen kete Syahmi ade.Kita ade duit.Tu yang masalahnya tu."."Jangan risau, aku ada kawan kat KL.Nanti aku tanya dia boleh tumpang rumah dia tak."ujar Syahmi.Semua bersetuju."Jadi kalau dah setuju,malam ni jugak kita bertolak."kata Syahmi.
 Dengan persetujuan ini,maka bakal terjadilah pengembaraan yang bakal merubah hidup mereka.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Notes:Artikel ini adalah hampir sama seperti nota aku di facebook Mohd Qamarul Syahmi:Memorabilia yang hilang Bab 1.








Tiada ulasan: