Kata Syahmi...

Takdir telah sediakan teka-teki buatku dan hanya aku sahaja yang boleh selesaikan teka-teki ini....
-Ejen Syahmi dalam 1.1.4

Rabu, 21 Disember 2011

Konsert Reunion 6IS/6AF-NO.3-Jemputan?

"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam,kad kahwin mana pulak kau hantar ni?"
"Tak,ini ada satu kad jemputan reunion.Awak bacalah sendiri."
"Baiklah,terima kasih.Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."

Krew rakaman memanggil Haikal semula.

Situasi bertukar ke Ipoh,dimana disitu terletak ibu pejabat K-S Trading,syarikat hasil usahasama Amir-Hakim.Walaupun dinyatakan bahawa Amir adalah seorang posmen,itu sementara kerana Syahmi,penasihat & duta berjanji untuk mencari satu pejabat yang sesuai di KL.Jadi di bilik ibupejabat yang tak seberapa itu Hakim menghubungi Amir.
"Helo Amir,ko dah dapat kad reunion tu?"
"Dah,kenapa?"
"Saja tanya.Key,pergi dulu.Ko dah dapat dah pejabat kat KL?"
"Tahun depan dapatla,Syahmi dah beli satu kat Wisma Negara sana,cuma barang kita tak sampai lagi.Bye"

Senario bertukar semula ke Damansara,dengan Syahmi dan Daniel khusyuk membaca kad jemputan itu:

                               KEPADA TUAN/PUAN_SYAHMI_ 
Anda dijemput ke MAJLIS REUNION TAHUN 6 2011  pada tarikh dan di tempat berikut:
4.00pm~12am
Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong
7 Disember 2026.
Berikut adalah tentatif program:
4 pm-Pendaftaran dan temuramah
7-pm Rehat,jamuan dan sembahyang maghrib.
7.45 pm Konsert #1 (Semua diminta membuat persembahan.
8.30-Rehat/Solat Isyak
8.45pm-Konsert
12.00-Balik


"Huh,semua diminta membuat persembahan?Biar betul!?"kata Daniel terkejut.

Di Bukit Antarabangsa,sekumpulan perempuan yang cukup terkenal sekarang ini...

Sabtu, 10 Disember 2011

Konsert Reunion 6IS/6AF-NO.2-Masa Depan

Jam 11.30 a.m,Daniel yang terlajak bangun mengejutkan Syahmi yang ikut terlajak.Sebenarnya Syahmi adalah pekerja salah sebuah syarikat terkemuka KL~NataProduction Corp dan seorang penyanyi & pelakon.Tanpa buang masa,Daniel menunjukkan surat dan akhbar yang baru sampai.Syahmi kemudiannya merampas suratkhabar itu dan terus belek ke belakang.Di ruangan sukan itu;

PASUKAN KRIKET MALAYSIA MENANG PIALA DUNIA
Mumbai-Pasukan kriket kebangsaan menang piala dunia Kriket Mumbai menewaskan England 100-66 pada senja tadi.Ketua pasukan yang juga pemain utama,Mohd Mustafa b. Jaafar menjulang trofi itu sebelum disusuli rakan sepasukan yang lain.BERITA LANJUT DI M/S 67.


Kemudian,di muka surat 65,satu lagi tajuk berita mengejutkan seluruh isi rumah.

FAKHRUL FAHMI,AFNAN WIRA NEGARA 2026 BERHIJRAH KE QUEEN PARK RANGERS 2027.


"Terkejut aku."kata Syahmi yang membaca suratkhabar tersebut.Lalu dibeleknya ke segmen hiburan.Dia,yang baru ditemuramah semalam sekarang melihat dirinya sekali lagi masuk suratkhabar.

Syahmi,bukan kaki perempuan.


"Saya tahu diri saya.Buat apa saya nak mengkhianati jodoh?"kata seorang lelaki yang sabar menghadapi liku-liku perjalanan seni ini.


Tatkala membaca artikelnya sendiri,Daniel,menepuk bahu Syahmi.
"Hoi selebriti,ni ada jemputan dari budak taman."
"Aaaahh,makan malam bersama peminat ker?Ataupun bos aq ajak pergi clubbing?"
"Hey,bukan yang itulah,reunion dengan bebudak SKSL tu.."
"What?Bila?Bila?"
"7/12/2011"
"Fuh,nasib baik bukan minggu depan.Kalau tak terlepas datang Anugerah Skrin 2026."keluh calon pelakon pembantu lelaki terbaik itu.

Sementara itu,di Mumbai,India...
"Hello,ni sapa?"
"Whoi,ni Afnan.Amboi,menang kriket terus lupa kawan ye tak?"
"Thee,takderlah"
"Wei ni ade jemputan ke reunion SKSL.7/12."
"Tengok dulula,k bye"
"Bye"

Mustafa mengeluh sendirian.Hanya tinggal beberapa jam sebelum kapal terbang tiba di Mumbai.

Di suatu tempat di Lembah Klang,Imam Muda Haikal,sedang merakam suatu program yang bakal disiarkan di Astro Oasis kelak.Seorang posmen menyerahkan kad jemputan kepadanya.

ES 1.1.7 Tragedi Malam Bulan Mengambang

Setelah terselamat daripada diburu 'Musang' Jalanraya malam tadi,7 pria yang bertuah nasibnya itu menginap di salah sebuah apartmen milik rakan mereka.Peluang mereka untuk terus hidup adalah 60%:40%.
Syahmi,yang sedang asyik membaca buku novel Transformasi Gemuk 2 Kurus hasil nukilan(MAAF,NAMA TELAH DIHALANG),dia berkata sesuatu."Pilihan kita cumalah memburu,atau diburu.Mati di sini kerana peluru atau hanya bersabar tunggu masa.""Kita taktau dimana mereka,siapa mereka,bahayakah mereka..."soal Amir sebelum Daniel mencelah."Stop,kang pembaca boring plak."

Tanpa cakap banyak,di salah sebuah kawasan ekonomi utama Kuala Lumpur,sekumpulan remaja liar cuba untuk merompak rumah seorang saudagar,hartawan,bangsawan &dermawan yang makan di pinggan,minum di cawan.(ko ingat ni cite 3 abdul ke ha?).Dengan menaiki motorsikal rempit sambil merempit di jalan sempit,mereka seterusnya  memecahkan tingkap dan pintu sebelum menceroboh masuk ke dalam.Mereka cuma ingin mencuri satu lagi berlian iaitu Berlian Okezwanture.Perompak-perompak jahanam itupun tanpa segan-silu terus menggeledah tingkat bawah rumah tersebut.Suasana sungguh senyap sunyi kerna si pengawal rumah itu telahpun dibunuh lebih awal.Memandangkan jiran-jiran juga lena tidur,terlampau banyak peluang yang ada untuk mencuri berlian bernilai itu.Di tingkat atas,sepasang suami-isteri yang masih belum punya cahayamata sedang nyenyak tidur sebelum si isteri tersedar kerana terganggu dengan bunyi bising di luar.
"Bang,apahal bunyi bising kat luar tu?'
"Haah la,baik kita periksa."jawab si suami.

Pada masa yang sama,sekumpulan remaja yang bersenjata naik ke tingkat atas untuk mencuri berlian itu.Tanpa disangka suami isteri itu bertembung dengan kumpulan remaja.Salah seorang remaja itu kemudiannya mengeluarkan sepucuk  pistol dan.........

--------------------------BERSAMBUNG-----------------------------


Selasa, 6 Disember 2011

Konsert Reunion 6IS/6AF-NO.1-25 Tahun kemudian

Ejen Syahmi akan kembali ,jika ada mood.Harap maklum.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
5 November 2026,seorang posmen menunggang motorsikal RRX Pos Malaysia dengan kelajuan ditetapkan.Dia ada tugas yang dilakukannya,tiap hari.Hantar surat.Namun,hari ini,posmen yang bertugas di Damansara Baru tidak akan menghantar bil kepada seorang insan yang telah berjaya dalam hidupnya,namun satu surat jemputan.Lebih-lebih lagi dia juga adalah rakan kepadanya.Dengan penuh amanahnya posmen menghantar satu surat jemputan yang dialamatkan kepada;

MOHD QAMARUL SYAHMI,
NOxx,JALAN Entah,
XXXXX,ENTAH,SELANGOR.

Posmen itu,membunyikan loceng apartmennya.Lalu pergi.Posmen itu juga ada satu lagi jemputan yang sama.Namanya Amir.Dia,duduk berdekatan dengan Syahmi.

 Di suatu kawasan berdekatan di Lembah Klang,Seorang jejaka yang baru balik dari gym memeriksa e-melnya.
to:Rasyid
sub:Jemputan

Jejaka tampan  yang digilai ramai wanita itu terus tersenyum.Malahan,jejaka yang berkerja sebagai perunding kewangan itu terus membaca e-mel tersebut.Seorang akauntan yang berbadan tegap,yang kini tidak dihina kerana berkulit black-brown,telah diberitahu juga oleh e-mel daripada seseorang.Azfar namanya.Di suatu daerah luar bandar di selatan semenanjung,seorang wanita telah mendapat mesej daripada salah seorang rakannya yang berada di ibukota negeri yang bersempadan dengan kota singa.
To:Siti
From:Izzah
Dua orang itu juga telah menerima jemputan tersebut.
Kembali ke apartmen itu,seorang lagi lelaki,telah bangun dari tidurnya.
Dia ke luar,melihat peti surat.
Lantas dia mengejutkan Syahmi.
Dia ialah Daniel.Seorang penulis dan pakar bahasa Melayu.
--------TOBECONTINUED------------------------