Kata Syahmi...

Takdir telah sediakan teka-teki buatku dan hanya aku sahaja yang boleh selesaikan teka-teki ini....
-Ejen Syahmi dalam 1.1.4

Rabu, 19 Oktober 2011

ES 1.1.4-Teka-teki Takdir

Walaupun mereka telah mendapat maklumat tentang letupan itu,namun masa yang suntuk menebabkan mereka terpaksa berundur diri dari situ.Iskandar juga,menaiki van mereka ke Muzium Negara,merungkai kejadian misteri tersebut..

Semasa memandu,Syahmi terpaksa menukar frekuensi ke radio Klasik Nasional untuk mengetahui lebih lanjut tentang letupan itu.Tepat jam 11,berita melaporkan seperti berikut:
"Letupan di Giant Batu Caves.
Gedung pasaraya Giant telah meletup pada jam 10.15 pagi.Dilaporkan ada 11 orang maut dan 20 lagi cedera dalam kejadian ini yang berlaku di pintu masuk arah barat pasaraya itu tadi serta memusnahkan beberapa buah kedai,termasuk KFC dan Proton.Difahamkan punca kejadian berlaku adalah kerana satu kereta yang dipercayai mengandungi bom merempuh pintu tersebut lalu meletup.Gas di KFC juga dipercayai mempengaruhi letupan kedua tadi.Pihak bomba walaubagaimanapun menyatakan bahawa itu hanya andaian dan mereka masih lagi menyiasat kejadian ini.Buat masa sekarang,pihak bomba masih lagi cuba memadam kebakaran itu.Semua mangsa yang cedera dihantar ke HKL untuk menerima rawatan..Berikut adalah mangsa yang cedera:"
Mereka terkejut mendengar salah seorang daripada rakan-rakan mereka cedera,iaitu Adam yang dipercayai berkerja di sana sekarang.Sambil memandu,Syahmi berfikir sebentar....
"Ah,pelbagai kejadian berlaku sejak aku datang ke kotaraya ini...pencurian,penyamunan,letupan....
Sampai bila akan jadi begini?Sampai bila?Aku hampir tak percaya bahawa inilah lawatan terburukku daripada lawatan sebelum ini....Mungkin niat aku dapat ditafsir oleh orang yang tak sepatutnya aku jumpai...Ya.Mungkin dalangnya itulah musuhku.Takdir mungkin mengujiku,mungkin juga bermusuh denganku...Jadi dimana penamat semuanya?Disini?Ataupun ditempat yang lain?Takdir telah siapkan teka-teki buatku dan aku saja yang boleh menyelesaikan teka-teki itu...."

Syazwan menyapanya dari sebelah."Kenapa muka nampak muram sahaja...?"
Dia menjawab"Takde apa."

Pejam-celik-pejam-celik,mereka telah tiba di muzium.Apa sebenarnya misteri yang tersembunyi disebalik kes itu....
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas Ini Di Ejen Syahmi:
Mereka tiba di muzium dan bertemu dengan pengarahnya.Namun terdapat kejutan yang menanti mereka semua.Apakah dia?

NANTIKAN 1.1.5-KEJUTAN SEPARA MAUT! EKSKLUSIF DI INTELECTSYAHMI INFOULZ! IntelectSyahmi Infoulz-like tau!!!

Selasa, 18 Oktober 2011

Ejen Syahmi v1.1.3-Letupan?

Setelah berhadapan dengan gangster Rawang,akhirnya mereka sampai juga di Kuala Lumpur.
"Whoi!Tak sampai lagilah!Baru Batu Caves!"
Oh lupa,Batu Caves.Mereka pun singgahlah ke masjid di situ,lalu solat subuh.Kemudian,mereka pun berehatlah kejap.....lalu dia menerima satu panggilan daripada seseorang...
"Sapalah panggil pepagi ni..."walaupun mengantuk,dia tetap menjawab panggilan itu....
"Helo anak sardin!Kau ingat lu bleh lepas dari gua ha???Lu jangan ingat wa tak kenal lu!Wa jumpa, wa pancung lu!"
"Lu sapa mau goyang?"
Talian terputus......tut...tut...tut....
"Cis,tak guna!telefon pepagi nak marah orang!!"
"Kenapa Syahmi?"tanya Ammar.
"Takder aper...udahlah,tido!"jawab Syahmi kebengangan.

Jam 9.00 pagi...
Syahmi terus bangun,kemudian memandu ke Restoran Zameer untuk bersarapan.Sebelum tu,dia sempat mesej kepada rakannya,Iskandar.
"Salam.Jumpa kat restoran Zameer.0100 GMT."
Di tempat yang dijanjikan,Iskandar sudahpun berada di situ.Mereka pun menceritakan apa yang berlaku disitu.
Dipendekkan cerita,Iskandar pun memberitahu tentang perkembangan terkini kes tersebut
"Sekarang pihak kami sedang menyiasat kes tersebut.Di samping itu,kami terjumpa satu notis."katanya sebelum mengeluarkan secebis kertas yang bertulis:
HAHA,CATCH ME IF YOU CAN,NATA-SYAHMI X!
Nata-Syahmi x merupakan nama samaran Syahmi.
"Mungkin ada kaitan?"
"Mung...."tanpa dapat menghabiskan perkataan itu,tiba-tiba gedung pasaraya Giant berdekatan meletup.
"Apa yang berlaku?"tanya Ammar.
"Alamak!Syazwan!"jerit Daniel.Sebenarnya,dia menyuruh Syazwan pergi Giant untuk beli keropok...Tiba-tiba,Syazwan berlari ke arah mereka.Lalu dia pun berkata:
"Ada kereta merempuh pintu masuk kemudian meletup.Kemungkinan dalam kereta tu ada bom."
"Mari kita pergi sana sekarang."arah Iskandar.
Disana,api sedang menjulang-julang.Bomba yang tiba disana cuba memadamkan api.Lalu Iskandar dan yang lain menghampiri seorang bomba yang bertugas.
"Saya Iskandar dari XSPY.Saya ingin mengetahui butiran kejadian ini."
"Oh,kamu.Kemungkinan 15 orang maut.Pihak kami masih lagi berusaha untuk memadamkan kebakaran ini"


1 demi satu masalah berlaku....Apalagi yang akan terjadi?Nantikan 1.1.4-Teka-teki Takdir misteri.

Ejen Syahmi v1.1.2-1,2,3 Mula!

Pada petangnya pula,dia menghantar mesej pada rakan-rakanya."Pukul berapa pergi?"tanya dia.
Ada yang membalas dengan mencadangkan pagi esok,petang itu juga dan juga ada yang kata lusa.Dia pun berfikir sejenak.......Lalu dia pun membalas kepada semua rakannya....
"Wei,malam ni lah kita pergi.....jangan lupa senjata kita,paham?".Semua bersetuju.

Pada malamnya,mereka semua berkumpul di rumah Syahmi.Mereka sempat makan serta berbual.Lalu mereka pun menunjukkkan senjata mereka masing-masing.
"Semua,lihatlah senjata yang kita akan bawa nanti."katanya sambil membuka satu beg bimbit berwarna hitam.Didalamnya terdapat 3 pucuk pistol,sebilah pisau dan juga 1 bom tangan....
"Tak bahaya ke macam ni?"tanya Amir.
"Sediakan payung sebelum hujan."balas Syahmi.Mereka juga membawa sepucuk pistol dan sebilah pisau.Syahmi juga membawa 5 kotak peluru bersamanya.Mereka telah mendapatkan senjata itu semasa.........
Tepat jam 11 malam hari Jumaat,van Rusa kepunyaan Amir yang dipandu oleh Syahmi bergerak dari rumahnya.Mereka tak sabar untuk mencari berlian tersebut.Oleh kerana ingin menjimatkan kos,mereka melalui jalan Persekutuan 1.Ada yang tertidur dalam perjalanan itu.Setibanya mereka di Rawang,mereka berhenti di situ kerana Syahmi sudahpun mengantuk.Tanpa disangka,akan ada ancaman di situ.

Pada malam itu juga,ada satu kumpulan gangster yang juga dikenali sebagai Rawang Gangster terlihat van tersebut kemudian cuba menge'pau' mereka.Salah seorang daripada mereka mengetuk tingkap van tempat dimana Syahmi sedang tidur.
"Whoi budak!Bangunlah!"
Lalu dia bangun dan berkata:"Apa budak-budak!?Aku dah umur 20 tahun ko tau??Ko boleh tak jangan ganggu orang tidur!!!"
"Boleh tapi lu bayar dulu duit gua."
"Kalau tak?"
"Gua tembak lu..."
Syahmi berpura-pura ingin mengambil duit walhal sebenarnya dia ingin mengambil pistolnya.Lalu dengan pantas dia menghalakan pistol kepada orang itu lalu menembaknya di kepala."DDDAAMMM!"Orang itu rebah lantas menaikkan darah si ketuanya.Mereka pun terus menembak van tersebut bertalu-talu.Syahmi menyerang balas.Lalu beberapa orang dari kumpulan XSPY terbangun."Naper ni?"tanya Afnan."Jangan banyak tanyalah!!!!"jawab Syahmi terdesak.Menyedari apa yang berlaku,mereka terus mengambil pistol mereka lalu menyerang gangster tersebut.Tembakan bertalu-talu menyebabkan Syahmi mengambil tindakan keluar dari situ.Lalu dia mengambil enjinnya sambil menembak dan blah dari situ.Dengan bantuan Daniel yang mahir dalam kejuruteraan,van mereka kini kalis peluru.

Mereka meneruskan perjalanan mereka ke KL dengan penuh resah......

Isnin, 17 Oktober 2011

Ejen Syahmi Bab 1.1.1 Berita Yang Merubah Dunianya

Kisahnya seorang ejen perisik.Sebelum pengembaraan bermula,harus ada permulaan dahulu.Begitu juga dia.Sebelum akhir pengembaraannya,dia mengambil masa 65 tahun (termasuk 1 pusingan masa yang anda akan ketahui juga nanti...) untuk pergi ke pertarungannya yang terakhir.Di Kampar.

Di bandaraya itu jugalah pengembaraan itu bermula.Tetapi,sebelum itu,di Kuala Lumpur,ada sekumpulan orang yang mencurigakan memecah masuk ke Muzium Negara,untuk mencuri ketulan permata misteri.Seorang pengawal yang dapat mengesan mereka cuba menghalang mereka,namun digagalkan oleh pukulan sebatang kayu besbol yang kuat lagi menyakitkan.Dia pengsan.Esok harinya,barulah dia sedar berlian itu sudah dicuri.Peristiwa itu menjadi buah mulut masyarakat,hingga terpapar di kaca televisyen dan dada akhbar.Ianya juga mengejutkan satu organisasi terpencil yang beroperasi di Kampar,bernama XSPY.

Ghany Corner.Itulah saksi perubahan dunia mereka.6 orang lelaki sedang bersarapan,yang dimana ketuanya,Syahmi sedang membaca suratkhabar Harian Kampar.Dia tiba-tiba tergamam kemudian menjerit tajuk berita yang membuatkan dia terkejut itu....

"ADA BERLIAN DICURI DI MUZIUM NEGARA!!!"

Seorang lelaki yang melihat mereka pun menjerit,"Wei kalau ko nak baca berita pergi tv la!!!"
"Sibukla!"


Lalu salah seorang daripada kumpulan itu mencelah:"Betul ke?"
"Betul.Nah,baca artikel ni."
Laporan suratkhabar itu bertulis.....

                                BERLIAN DI MUZIUM NEGARA DICURI MALAM TADI

KOLUMPO(KUALA LUMPUR LAH!)-.Beberapa batu berlian telah dicuri di Muzium Negara,semalam. .Mengikut pengawal yang sedang dirawat di HKL sekarang ni,salah seorang daripada pencuri itu adalah lelaki yang memakai baju hitam berlengan panjang.Polis sedang menyiasat kes tersebut.


     Lalu Amir berkata,"Kalau dapat tangkap pencuri ni,satu Malaysia respek kita tu".Tapi,Daniel berkata"Nak tinggal kat mana?Lesen kete Syahmi ade.Kita ade duit.Tu yang masalahnya tu."."Jangan risau, aku ada kawan kat KL.Nanti aku tanya dia boleh tumpang rumah dia tak."ujar Syahmi.Semua bersetuju."Jadi kalau dah setuju,malam ni jugak kita bertolak."kata Syahmi.
 Dengan persetujuan ini,maka bakal terjadilah pengembaraan yang bakal merubah hidup mereka.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Notes:Artikel ini adalah hampir sama seperti nota aku di facebook Mohd Qamarul Syahmi:Memorabilia yang hilang Bab 1.








Ahad, 16 Oktober 2011

Ejen Syahmi:Review

Baiklah.Artikel tentang ejen Syahmi mungkin akan keluar esok.Jadi sebelum tu,aku nak review sikit pasal citer nih.Ada yang mungkin dah tau pasal ni,ada yang tak tau lagi....

Aksi.Romantik.Thrill.Humor.Sedih.Saspens.mungkin inilah yang anda boleh rumuskan sepanjang artikel Ejen Syahmi diterbitkan.Tak semua hari boleh artikel ini diterbitkan.Ada masa aku kena cuti.Aku bukannya jenis yang  menulis banyak sangat.

Anyway,ia mungkin ambil masa bertahun-tahun untuk menyudahkan cerita ini.Cerita ni memang banyak.Jadi,harap bersabar untuk melihat kesudahannya,okey?

Sabtu, 15 Oktober 2011

Ejen Syahmi v.0.0-Prolougue

     Di kotaraya ini,akulah perisik terhebat.Aku bukanlah perisik biasa seperti yang kamu bayangi.Dunia ini sungguh luarbiasa,bukan?Keajaibannya tak boleh di jangka sama sekali....Ya,memang tak dapat dijangka.

   Powereleta,Elementria,Nata-Shaurmiz dan pelbagai lagi merupakan istilah yang tak dapat kamu fikirkan.Tapi,di dunia ini,segalanya mungkin.Kamu mungkin salah seorang yang terpilih untuk mengetahuinya.Percayalah,ada kuasa tersembunyi dimana-mana dan jika kamu dapat menjumpai salah satu daripadanya,nescayakamu akan mengetahui rahsia di sebaliknya.

     Bercakap tentang aku,aku ialah seorang ejen BrigedForce berkod 007 bernama Ejen Syahmi.Telah banyak pengembaraan telah ku harungi sepanjang hayat ku.Kau belum tahu siapa aku.Nantikan 17/10/11 untuk mengetahui nya.....

I NEVER LOSE TILL I DIE.

Puteri Gunung Mambang Diawan Final Part

Setelah perjalanan selama 17 jam 16 minit,mereka pun sampailah ke istana Awan Mas.Tak berapa lama sebelum tu.....Sultan Aminurrasyid dengan Tun Azfar sedang berbual sambil mandi.....


"Tuanku,tuanku tak risau ke kalau puteri tu setuju ke tak kahwin dengan tuanku?"
"Taktau la.Kena tunggu mereka balik dulu la agaknya."
"Ye tak ye jugak tuanku.Errr....sebelum tu kita pergi makan kat KFC dulu nak?"
"Bagus jugak tu...."

Pada malam tu juga...apabila Hang Syahmi dengan rakan-rakannya pulang....

"Eh,macam gelap jer istana tu...sultan takder ke?"
"Yalah,sultan nampak cam takder....."
"Ada ke takder ke,kita tanya pengawal dulu."


Lalu mereka pun bertanya kepada pengawal tersebut yang bernama Idham...

"Am,mana sultan?"
"Sultan pergi makan kat KFC ngan Tun Azfar..."
"TAK ACI LA CAMNI PEGI MAKAN TAK AJAK KITORANG!"
"Haah.Aku pun nak ikut gak tapi dia suruh aku jaga istana ni...Jap yer,aku sms sultan yang korang dah balik"

17 minit 16 saat kemudian....sultan dan Tun Azfar sudah balik.
"Ha lama menunggu ye....hilangkan penat tu dulu.Nah satu bucket ayam KFC bungkus."kata sultan

Lepas makan,mereka menceritakan segalanya.

"Ha,macam mana?dapat tak melamar puteri tu?"
"Tak dapat,tuanku.Macam-macam yang dah jadi."
"Oh yeke...cer citer cer citer"
"Macam ni....."

Dipendekkan cerita,lepas mendengar semuanya....sultan mula membuat kesimpulan....

"Jadi dia menolak lamaran beta lah ye.....kalau macam tu biar beta pergi by foot."
"Betul ke tuanku???"


Jadi pengembaraan bakal berlaku kali kedua......


T.A TA,M.A.T MAT=TAMAT

------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTIS
CERITA INI AKAN DISAMBUNG PADA HARI LAIN!
TERUSKAN BERSAMA KAMI DAN NANTIKAN CERITA EJEN SYAHMI PADA 17/10!

JANA(PERGI DULU DALAM BAHASA JEPUN)