Kata Syahmi...

Takdir telah sediakan teka-teki buatku dan hanya aku sahaja yang boleh selesaikan teka-teki ini....
-Ejen Syahmi dalam 1.1.4

Selasa, 6 Disember 2011

Konsert Reunion 6IS/6AF-NO.1-25 Tahun kemudian

Ejen Syahmi akan kembali ,jika ada mood.Harap maklum.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
5 November 2026,seorang posmen menunggang motorsikal RRX Pos Malaysia dengan kelajuan ditetapkan.Dia ada tugas yang dilakukannya,tiap hari.Hantar surat.Namun,hari ini,posmen yang bertugas di Damansara Baru tidak akan menghantar bil kepada seorang insan yang telah berjaya dalam hidupnya,namun satu surat jemputan.Lebih-lebih lagi dia juga adalah rakan kepadanya.Dengan penuh amanahnya posmen menghantar satu surat jemputan yang dialamatkan kepada;

MOHD QAMARUL SYAHMI,
NOxx,JALAN Entah,
XXXXX,ENTAH,SELANGOR.

Posmen itu,membunyikan loceng apartmennya.Lalu pergi.Posmen itu juga ada satu lagi jemputan yang sama.Namanya Amir.Dia,duduk berdekatan dengan Syahmi.

 Di suatu kawasan berdekatan di Lembah Klang,Seorang jejaka yang baru balik dari gym memeriksa e-melnya.
to:Rasyid
sub:Jemputan

Jejaka tampan  yang digilai ramai wanita itu terus tersenyum.Malahan,jejaka yang berkerja sebagai perunding kewangan itu terus membaca e-mel tersebut.Seorang akauntan yang berbadan tegap,yang kini tidak dihina kerana berkulit black-brown,telah diberitahu juga oleh e-mel daripada seseorang.Azfar namanya.Di suatu daerah luar bandar di selatan semenanjung,seorang wanita telah mendapat mesej daripada salah seorang rakannya yang berada di ibukota negeri yang bersempadan dengan kota singa.
To:Siti
From:Izzah
Dua orang itu juga telah menerima jemputan tersebut.
Kembali ke apartmen itu,seorang lagi lelaki,telah bangun dari tidurnya.
Dia ke luar,melihat peti surat.
Lantas dia mengejutkan Syahmi.
Dia ialah Daniel.Seorang penulis dan pakar bahasa Melayu.
--------TOBECONTINUED------------------------

Tiada ulasan: