Kata Syahmi...

Takdir telah sediakan teka-teki buatku dan hanya aku sahaja yang boleh selesaikan teka-teki ini....
-Ejen Syahmi dalam 1.1.4

Sabtu, 10 Disember 2011

ES 1.1.7 Tragedi Malam Bulan Mengambang

Setelah terselamat daripada diburu 'Musang' Jalanraya malam tadi,7 pria yang bertuah nasibnya itu menginap di salah sebuah apartmen milik rakan mereka.Peluang mereka untuk terus hidup adalah 60%:40%.
Syahmi,yang sedang asyik membaca buku novel Transformasi Gemuk 2 Kurus hasil nukilan(MAAF,NAMA TELAH DIHALANG),dia berkata sesuatu."Pilihan kita cumalah memburu,atau diburu.Mati di sini kerana peluru atau hanya bersabar tunggu masa.""Kita taktau dimana mereka,siapa mereka,bahayakah mereka..."soal Amir sebelum Daniel mencelah."Stop,kang pembaca boring plak."

Tanpa cakap banyak,di salah sebuah kawasan ekonomi utama Kuala Lumpur,sekumpulan remaja liar cuba untuk merompak rumah seorang saudagar,hartawan,bangsawan &dermawan yang makan di pinggan,minum di cawan.(ko ingat ni cite 3 abdul ke ha?).Dengan menaiki motorsikal rempit sambil merempit di jalan sempit,mereka seterusnya  memecahkan tingkap dan pintu sebelum menceroboh masuk ke dalam.Mereka cuma ingin mencuri satu lagi berlian iaitu Berlian Okezwanture.Perompak-perompak jahanam itupun tanpa segan-silu terus menggeledah tingkat bawah rumah tersebut.Suasana sungguh senyap sunyi kerna si pengawal rumah itu telahpun dibunuh lebih awal.Memandangkan jiran-jiran juga lena tidur,terlampau banyak peluang yang ada untuk mencuri berlian bernilai itu.Di tingkat atas,sepasang suami-isteri yang masih belum punya cahayamata sedang nyenyak tidur sebelum si isteri tersedar kerana terganggu dengan bunyi bising di luar.
"Bang,apahal bunyi bising kat luar tu?'
"Haah la,baik kita periksa."jawab si suami.

Pada masa yang sama,sekumpulan remaja yang bersenjata naik ke tingkat atas untuk mencuri berlian itu.Tanpa disangka suami isteri itu bertembung dengan kumpulan remaja.Salah seorang remaja itu kemudiannya mengeluarkan sepucuk  pistol dan.........

--------------------------BERSAMBUNG-----------------------------


Tiada ulasan: